Friday, 8 January 2016

Salam sejahtera,
saya mulakan pengembaraan saya ini di bumi indonesia iaitu Medan.
Disini saya sertakan iltinari serba sedikit walaupun tidak sempurna tp diharap dapat membantu kepada anda yang ingin berkunjung kesana.

Sememangnya untuk kesana perlu menaiki kapal terbang,kapal laut pun boleh,tp lambat lah smpai...hehehe.
Penerbangan saya pada pukul 8.30 dari Penang Airport dan sampai di sana pada pukul 9.00 mlm kalau tak silap,dh lupa.
sampai sahaja di Medan Airport saja dijemput sapir aka tour guide kami.kami bersembang tidak lama terus pak sapir membawa kami ke tempat perginapan.Hotel Gandhi Inn.envioment hotel tu best,cantik serta nyaman.

Hari berikut nya bermula jelajah saya ke Lake Toba yang memakan masa agak lama,dinasihatkan breakfast secukupnya.Jalan yang berbukit serta berliku agak tidak selesa bg mereka yg mabuk perjalanan,prepare je lah apa yg patut spt ubat mabuk perjalanan.
saya sertakan beberapa photo utk tetapan.



Kumpulan kami sampai waktu agak petang sempat jugak shoot landscape di kawasan agak tinggi,tp cuaca agak suram so gambar pun tak berapa menarik tp saya ingin kongsi jugak la...





Akhirnya sampai la jugak yang di tuju,check point yg pertama...hehehe 
Danau Toba Lake, apa-apa pun check in dulu sebab hari dah petang hampir magrib, saya bernasib baik sebab bilik saya di pingir air tasik je.


Kamar tempat ku beradu malam nanti... :)

Dinner malam tu berdekatan je dgn bilik kami menginap,Pak sapir bawa kami di restoran halal berdekatan,masakan minang kalau tak salah.. Lauk banyak jenis dan sedap,kira ngam lah kalau perut tengah lapar.

Jangan keliru pulak kat sana Kedai Makan di panggil Rumah Makan (RM)




 Habis makan makan kami ronda-ronda sekejap di kawasan sekitar menikmati keindahan malam kat sana. Photo tiada la plak,lupa nak snap!

Selesai malam tu kami balik bilik tidur lah,penat perjalanan jauh hampir 5-6 jam..

Keesokan kami bagun awal sbb breakfast di sediakan,Lepas tu kami berangkat ke jeti untuk melawat Pulau Tomok,satu daerah penempatan orang Batak Asli indonesia.

Jeti menungu sementara bot sampai...




Perjalanan kami memakan masa hampir 1 jam jugak untuk kesana dengan menaiki bot kayu 2 tingkat, Kondision bot agak lama tp masih selamat utk dinaiki.




Selamat datang ke TOMOK ,Lake Toba,

                                       Posing dulu apa-apa pun...macam model je kan..hahaha


Kawasan kedai menjual bermacam jenis,pakaian laki dan perempuan, kraftangan serta hiasan yg asli buatan tempatan. Harga boleh tahan. Tawar menawar? rasanya susah kot harga dah ditetapkan. tapi nk di bandingkan dengan duit malaysia kira murah lagi lah. Berbaloi lah jugak.



Ronda-ronda melihat sekitar penenpatan, kebanyakan penenpatan masih asli dan terpelihara keadaannya. hari tu bernasib baik melihat show patung bernari tapi sekejap je sbb kalau nk tengok kena bayar, saya tak berani tengok sbb ada unsur mistik or black magic semasa ritual dijalankan.So cepat-cepat pergi ke tempat lain.
Kami juga berkesempatan melawat kubur raja mereka dah lupa nama raja mereka sbb sebutan panjang sangat... masih ingat kena sebut HORAS,HORAS,HORAS semasa menziarah kubur raja tu, horas tu bermaksud sejahtera (lebih kurang la.)





Lebih setengah hari jugak la berada di sana, kami balik ke tanah besar menaiki bot yang sama... sampai di jeti,sapir bawa kami pergi makan di kedai makan minang jugak,Kali ni tiada gambar..hehehe
Lepas makan kami bertolak balik ke Medan tapi dalam perjalana balik tu mengambil masa hampir sama jugak 5-6 jam.mengharungi jalan berbukit dan berliku buat kami tertidur...Sapir berhenti di check point seterusnya iaitu Kawasan Air Terjun Sipisopiso Kabupaten Karo
Cantik dan mempesona,air nya bersih nampak kebiruan...Mengikut kata pak sapir,aliran airnya berada di dalam tanah dan terus jatuh kebawah...nampak macam betul kan...biar gambar berbicara



Air Terjun Sipisopiso Kabupaten Karo


Tak lama disini sebab hari sudah hampir senja.kami terus kan perjalana kami pulang ke medan.
semasa di perjalanan kami berkesempatan melihat Gunung Sinabung. Pada waktu itu masih kelihatan kepulan-kepulan asap dari gunung itu tp pandangan hanya samar-samar sama sbb hari sudah hampir malam,Ada la jugak utk snap photo tp imej tak jelas dan gelap.
Lokasi terakhir sebelum sampai ke Medan adalah Bres Tagi..
Kawasan Tanah Tinggi yang sejuk dan dingin...tapi tiada apa dapat di rakam ka kerana waktu sudah malam, suasana sekitar pun sudah sunyi. Kami singah sekejap sahaja dan teruskan perjalanan balik ke Medan.
Sampai je di medan, sapir terus membawa kami ke tempat penginapan, Hotel Madani,antara yg termashur la kat medan. 

 Hari terakhir kami di bawa ke tempat bersejarah iaitu Istana Maimum. Dimana merupakan pusat tentadbiran kerajaan Medan pada masa lalu. Kini menjadi mercu tanda medan dan tumpuan pelancong.


Sempat juga berpotret.





Inilah serba sedikit untuk di kongsikan, semoga memberi mamfaat pada anda.... selamat bercuti.







No comments:

Post a Comment