Tuesday, 12 January 2016

Koh Lipe trip jan 01-03 2016

Hai salam sejahtera.

Kali ni kembara saya dengan berkumpulan pula, ke Koh Lipe Thailand, jan 01-03/2016
Kembara kali ini saya merupakan ketua kumpulan seramai 10 orang, 8 perempuan dan 2 lelaki.
Untuk trip kembara kali ni berkumpulan, kami menyewa sebuah Van untuk kumpulan kami, lagi senang dan menjimatkan. Kos nya cuma Rm70 untuk pegi dan balik.
Kami bermula di Stesen Bas Kangar sebagai pick-up point pada pukul 8.00 pagi.
Dari kangar,kami bertolak ke Wang Kelian (imagresen malaysia - Thailand) lebih kurang 40minit perjalanan dari kangar,perlis.
Selepas smuanya selesai check-in border, kami sempat lagi bergambar (group photo)


Kami memulankan perjalanan dari Wan Kelian ke Pak Bara, Satun memakan masa dalam 1jam30 minit.Untuk sampai ke pak bara kami lalui pekan Satun,tp dlm perjalanan tu rata-rata ahli kumpulan kami tido,sebab penat dan mengantuk, ada dari group kami tu datang dari luar utara,k.lumpur,selangor,kelantan.

Sampai ke Jeti Pak Bara tu pada pukul 11.30 waktu thai,waktu malaysia lewat 1 jam
Tampa berlengah,kami pergi ke kaunter tiket speedbot untuk beli tiket dua hala. Harga seorang thai bath 1300. Korang convert la sendiri duit Malaysia.Nak masuk jeti kena caj,sorang kena 20 bath.kami bayar asing-asing.

Sementara menunggu giliran utk naik bot kami jadi tunggul kejap kat jeti tu,tiket kami pukul 1.30.
Perut dah lapar waktu tu,sementara tunggu turn,kami makan dulu dengan bekal yang kami bawa dari Malaysia,bekal mee je tu pun dh kira ok dah,janji boleh save duit poket.

Tiba turn kami naik bot.Mula saja perjalanan kepala terasa agak pening kerana bot sangat laju,bagi mereka yg tak tahan mabuk laut di nasihatkan agar makan la pil mabuk laut,kami beli 50 sen je kat kedai ubat or farmasi.Perjalanan kami agak menarik kerana bot kami tidak terus sahaja ke Koh Lipe tp kami di bawa melawat terlebih dahulu ke tempat yg menarik semasa di perjalanan, perhentian pertama kami di Koh Taro Tao.Memamg cantik,tp nak masuk kawasan yg lebih dalam lagi kena bayar. 200 bath, agak mahal,so kami just bergambar di kawasan jeti je dulu sebelum meneruskan perjalanan.





Ok kami memulakan kembali perjalanan kami utk ke destinasi,Bot di pacu maksima kami seperti terbang di atas air,laju membelah air sehinnga kami terlena,
ada yang pening,
ada yang tidak selesa,
ada yang anak kecik menangis.
ada yang cakap siam,melayu,ingeris,belanda,german

Sampai di perhentian seterusnya,perhentian terakhir sebelom sampai ke destinasi di tuju
Bot berhenti di persisir pantai yang amat cantik, koh Khai. nama nya,so apa lagi kami terjun lah,berpotret selagi boleh.Biasa la group kami ramai pompuan,berposing,bergambar tu minat diorang. so layan je lah,lg pun tempat tu mcm cantik,rasa rugi kalau tak bergambar kenangan.



posting baik punya di Koh Khai


koh khai,thailand

tiada di tempat lain hanya di koh khai,thailand



 Akhirnya sampai jugak kami di destinasi yang di tuju iaitu Koh Lipe.
Turun saja di jeti ingat boleh la jejak kami di pantai,rupanya kena beratur lagi amik giliran pulak,
Kena naik teksi bot nk ke daratan.Lagi kena bayar teksi 50 bath pastu island fees 200 bath.
banyak jugak kena bayar ni,tp tak spoi mood sebab tengok view yang indah di depan mata terus tak pikir dah pasal duit habis tu..hehehe

masa naik teksi bot.nmpak muka excited


Landing saja terus shoot tak hingat dunia... dah view nya cantik,bot-bot pun tersusun elok ja.


 



 Kawasan sekitar resort kami.Best sangat ala-ala tradisional gitu.Sangat ideal untuk berbulan madu bersama pasangan.Kami ambil tiga bilik,berpecah pada tiga group.

yang di sebelah kanan tu la bilik kami berteduh malam tu...sempoi.

Hari dah pun petang,so kami lepak je kat bilik masing-masing.
Geng pompuan ada aktiviti petang tu iaitu memasak.Itu lah cara nya nk berjimat semasa mengembara atau melawat ke luar negara,makanan halal terjamin serta menjimatkan.Pastikan dapur memasak elektrik dibawa sekali,kalau boleh yang senang di bawa.Menu malam nanti adalah burger,roti sandwich.Sudah cukup mengenyangkan.
Malam tu tiada sangat activiti yang boleh di lakukan,group kami sekadar meninjau sahaja di persekitaran,explore apa yang menarik di sana pada waktu malam


Hari kedua, Group kami berpecah,ada yang pergi diving,snorkling,dan shopping dan jalan-jalan.
group kami seramai 5org pergi snorkling. kami start pada pukul9.00 dan habis pukul4.00. Sepatutnya masa yang di peruntukkan untuk kami,tapi pukul 2.30 dah balik sebab kepenatan.


first tryer..Fail but second and third pass hehehe

dibawa ke taman negara batu hitam


jernih..nampak batuan di dasar


sememangnya...mereka sentiasa meriah

idea kreativiti... tapi awas, jika mengubah bentuk susunan anda bakal di denda.

praktis sebelom terjun



Aktiviti seterusnya petang tu adalah menikmati suasana sunset di Sunset Beach
Kena redah jalan berbukit dan cerunan sedikit sebelum sampai di sana.tempoh perjalanan kesana dengan berjalan kaki dalam 20-30 minit. Pastikan sampai awal sebelom matahari terbenam.



sampai tergolek-golek... tp enjoy



tangkap guna fon pun dah cantik view nya



tak cantik sangat sunset tp ok lah

tak cantik sangat sunset tp ok lah

Balik bilik sembahyang maghrib pastu bersiap-siap nk keluar makan.
Harus rasa makanan di sana baru bleh cite kat orang pengalaman kat sana...tapi harga makanannya tak boleh tahan...



Aktiviti rare yang kami rancang terlaksana disana.
Menjadi tumpuan ramai jugak bila Sigadis ni berbaju melayu di sana.












Hari ketiga. Kami bangun seawal pukul 6 pagi dalam misi memburu sunrise.
perjalanan ke lokasi dalam 20 minit.Kami tiba tepat pada masanya.




macam-macam stail


sunrise pagi tu bleh tahan jugak cantik.


aksi melompat memang aksi pilihan.

Selesai bersunrise,kami breakfast di kedai berdekatan ..menu pagi tu ada pulut ayam,sedap jugak harga pun tak mahal sangat cuma 60 bath jah.

Balik bilik jap tukar pakaian kami terjun mandi pantai...Best sebab dah lama tak terjun pantai,air pulak jernih sangat,bertambah syok la kami..

Setel mandi pantai balik bilik,kemas barang-barang kami untuk check out, waktu check out tu kat sana pukul 11 pagi. Sementara tungu naik speedbot kami sampai kami layan perasaan masing -masing
dari pukul 11 sampai 12.30 baru kami di pangil oleh bot man,teksi bot,cas teksi bayar asing,lagi skali kena bayar 50 bath.

Naik speedbot mcm biasa la pecut laju-laju sampai rasa nak terbang,apa lagi daripada pening kepala kami smua lena la smua. 

Finally sampai kat jet Pak Bara,kami tunggu Van kejap then terus balik ke Wan Kelian.
sampai ke wan kelian kami makan dulu sebab lapar sangat,lagipun kat wan kelian harga makanan murah je.

kami siap tapau lagi pulut ayam buat balik rumah,satu bungkus rm3.50 je


bergambar kenangan dulu 

Perjalanan kami yang terakhir adalah menuju ke check point yang pertama,pickup point di stesen bas Kangar.di situlah berakhir jelajah kami ke bumi gajah putih. Sangat banyak pengalaman yang kami dapat walaupun trip yang singkat,tp padat dengan iltineri.
saya kongsikan pengalaman ini kepada anda yang baru ingin mengembara.atau melawat dengan cara yang agak jimat. 

Kami juga ada menyediakan khidmat tour guide ke sana bagi mereka yang ingin kesana secara berkumpulan mahupun individu.

untuk maklumat lanjut | booking sila call or wassapp di talian : 0174666101 (Hisham) atau 0124724557 (scha)
FB : Issey matnoh.










Friday, 8 January 2016

Salam sejahtera,
saya mulakan pengembaraan saya ini di bumi indonesia iaitu Medan.
Disini saya sertakan iltinari serba sedikit walaupun tidak sempurna tp diharap dapat membantu kepada anda yang ingin berkunjung kesana.

Sememangnya untuk kesana perlu menaiki kapal terbang,kapal laut pun boleh,tp lambat lah smpai...hehehe.
Penerbangan saya pada pukul 8.30 dari Penang Airport dan sampai di sana pada pukul 9.00 mlm kalau tak silap,dh lupa.
sampai sahaja di Medan Airport saja dijemput sapir aka tour guide kami.kami bersembang tidak lama terus pak sapir membawa kami ke tempat perginapan.Hotel Gandhi Inn.envioment hotel tu best,cantik serta nyaman.

Hari berikut nya bermula jelajah saya ke Lake Toba yang memakan masa agak lama,dinasihatkan breakfast secukupnya.Jalan yang berbukit serta berliku agak tidak selesa bg mereka yg mabuk perjalanan,prepare je lah apa yg patut spt ubat mabuk perjalanan.
saya sertakan beberapa photo utk tetapan.



Kumpulan kami sampai waktu agak petang sempat jugak shoot landscape di kawasan agak tinggi,tp cuaca agak suram so gambar pun tak berapa menarik tp saya ingin kongsi jugak la...





Akhirnya sampai la jugak yang di tuju,check point yg pertama...hehehe 
Danau Toba Lake, apa-apa pun check in dulu sebab hari dah petang hampir magrib, saya bernasib baik sebab bilik saya di pingir air tasik je.


Kamar tempat ku beradu malam nanti... :)

Dinner malam tu berdekatan je dgn bilik kami menginap,Pak sapir bawa kami di restoran halal berdekatan,masakan minang kalau tak salah.. Lauk banyak jenis dan sedap,kira ngam lah kalau perut tengah lapar.

Jangan keliru pulak kat sana Kedai Makan di panggil Rumah Makan (RM)




 Habis makan makan kami ronda-ronda sekejap di kawasan sekitar menikmati keindahan malam kat sana. Photo tiada la plak,lupa nak snap!

Selesai malam tu kami balik bilik tidur lah,penat perjalanan jauh hampir 5-6 jam..

Keesokan kami bagun awal sbb breakfast di sediakan,Lepas tu kami berangkat ke jeti untuk melawat Pulau Tomok,satu daerah penempatan orang Batak Asli indonesia.

Jeti menungu sementara bot sampai...




Perjalanan kami memakan masa hampir 1 jam jugak untuk kesana dengan menaiki bot kayu 2 tingkat, Kondision bot agak lama tp masih selamat utk dinaiki.




Selamat datang ke TOMOK ,Lake Toba,

                                       Posing dulu apa-apa pun...macam model je kan..hahaha


Kawasan kedai menjual bermacam jenis,pakaian laki dan perempuan, kraftangan serta hiasan yg asli buatan tempatan. Harga boleh tahan. Tawar menawar? rasanya susah kot harga dah ditetapkan. tapi nk di bandingkan dengan duit malaysia kira murah lagi lah. Berbaloi lah jugak.



Ronda-ronda melihat sekitar penenpatan, kebanyakan penenpatan masih asli dan terpelihara keadaannya. hari tu bernasib baik melihat show patung bernari tapi sekejap je sbb kalau nk tengok kena bayar, saya tak berani tengok sbb ada unsur mistik or black magic semasa ritual dijalankan.So cepat-cepat pergi ke tempat lain.
Kami juga berkesempatan melawat kubur raja mereka dah lupa nama raja mereka sbb sebutan panjang sangat... masih ingat kena sebut HORAS,HORAS,HORAS semasa menziarah kubur raja tu, horas tu bermaksud sejahtera (lebih kurang la.)





Lebih setengah hari jugak la berada di sana, kami balik ke tanah besar menaiki bot yang sama... sampai di jeti,sapir bawa kami pergi makan di kedai makan minang jugak,Kali ni tiada gambar..hehehe
Lepas makan kami bertolak balik ke Medan tapi dalam perjalana balik tu mengambil masa hampir sama jugak 5-6 jam.mengharungi jalan berbukit dan berliku buat kami tertidur...Sapir berhenti di check point seterusnya iaitu Kawasan Air Terjun Sipisopiso Kabupaten Karo
Cantik dan mempesona,air nya bersih nampak kebiruan...Mengikut kata pak sapir,aliran airnya berada di dalam tanah dan terus jatuh kebawah...nampak macam betul kan...biar gambar berbicara



Air Terjun Sipisopiso Kabupaten Karo


Tak lama disini sebab hari sudah hampir senja.kami terus kan perjalana kami pulang ke medan.
semasa di perjalanan kami berkesempatan melihat Gunung Sinabung. Pada waktu itu masih kelihatan kepulan-kepulan asap dari gunung itu tp pandangan hanya samar-samar sama sbb hari sudah hampir malam,Ada la jugak utk snap photo tp imej tak jelas dan gelap.
Lokasi terakhir sebelum sampai ke Medan adalah Bres Tagi..
Kawasan Tanah Tinggi yang sejuk dan dingin...tapi tiada apa dapat di rakam ka kerana waktu sudah malam, suasana sekitar pun sudah sunyi. Kami singah sekejap sahaja dan teruskan perjalanan balik ke Medan.
Sampai je di medan, sapir terus membawa kami ke tempat penginapan, Hotel Madani,antara yg termashur la kat medan. 

 Hari terakhir kami di bawa ke tempat bersejarah iaitu Istana Maimum. Dimana merupakan pusat tentadbiran kerajaan Medan pada masa lalu. Kini menjadi mercu tanda medan dan tumpuan pelancong.


Sempat juga berpotret.





Inilah serba sedikit untuk di kongsikan, semoga memberi mamfaat pada anda.... selamat bercuti.